SCM Player

Sunday 29 June 2014

BUAH MARKISA


Inilah dia buah markisa atau dikenali sebagai buah susu dan juga buah passion. Terdapat dua jenis buah markisa nie. Satu markisa berwarna kuning (Passiflora deulis f.fivicarpa) dan markisa berwarna ungu (Passiflora edulis sim). Kat Malaysia nie banyak terdapat markisa yang berwarna kuning. Bagi markisa yang berwarna ungu agak sukar nak cari tapi kat rumah una ade. hihi. 

Di Malaysia, markisa berwarna kuning ini mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun sahaja. Buah ini memiliki rasa yang agak masam manis camtu. tapi sedap sangat dibuat jus.

Khasiat buah markisa 
Buah markisa nie ade banyak khasiatnya. Buah markisa ini tinggi kandungan vitamin C, zat besi, kalium A dan diet serat. Kebaikan vitamin C (antioksidan) dan vitamin A dapat membantu melindungi serta menghalang  badan daripada penyakit jantung dan kanser. Selain itu, buah markisa juga dapat membantu melawan penyakit asma dengan mengamalkan minum jus markisa ini di waktu pagi dan malam. 

Di samping itu, buah markisa membantu merendahkan tekanan darah, mengekalkan ketegangan otot, sakit kepala dan penyakit insomnia(susah tidur), penyakit atritis (sakit otot), sawan dan sakit kepala, mempercepatkan penyembuhan luka, sembelit, mengurangkan kolestrol dan lemak dalam darah yang belebihan.

Resepi Buah Markisa

Jus Markisa/ Passion Fruit Juice

bahan-bahan:
3 biji buah markisa
4 sudu besar gula
1 cawan air
ais secukupnya

cara-cara:
1. Belah buah markisa dan ambil isinya
2. Kisar isi buah markisa bersama air dan gula. Gula boleh ditambah juga, ikut selera anda sebab buah markisa ni agak masam.
3. Tapiskan dan boleh dihidangkan. 

Puding Markisa bersama Vanilla Sos

bahan-bahan untuk puding:
2 biji buah markisa
1/2 peket agar-agar segera
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan
sedikit pewarna kuning

cara-cara:
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
2. Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi
3. Tuangkan dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air
4. Biarkan ia seketika
5. Baki agar-agar tadi dicampurkan pula dengan susu masak hingga mendidih
6. Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning. kacau rata
7. Tuangkan ke atas puding markisa tadi
8. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin

bahan-bahan untuk Sos Vanilla:
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula castor 
100 ml susu pekat manis
150 ml air
1 sudu makan tepung jagung- larutkan dengan sedikit air
secubit garam
1/2 sudu makan esen vanilla

cara-cara:
1. Pukul kuning telur dan gula sampai putih. Ketepikan
2. Panaskan susu dan air hingga didih
3. Kecilkan apinya
4. Ambil sedikit susu panas, lalu campurkan dengan kuning telur. kacau rata
5. Tuangkan kembali sedikit demi sedikit ke dalam susu yang dididihkan sambil kacau
6. Tuangkan larutan tepung jagung dan secubit garam
7. Tambahkan vanilla dan kacau hingga pekat
8. Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

Bolehlah hidangkan puding markisa bersama vanilla sos. Sesuai untuk hidangan untuk minum petang ataupun sebagai pencuci mulut.
SELAMAT MENCUBA..



Saturday 28 June 2014

PANDUAN GUNA MOUSE DAN KEYBOARD KOMPUTER

Nak guna mouse dengan keyboard pun ada caranya. Kalau tak kene gaya jadilah macam kat bawah nie..


Nie namanya Carpal Tunnel Syndrome/ Karpal Sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan)

Untuk elakkan dari jadi macam kat atas tu, kenalah ikut panduan nie..




Ambillah masa 30 minit rehatkan jari bagi sesiapa yang memang jenis berejam-jam mengadap komputer. Sambil tu boleh buat senaman sikit. Macam kat bawah nie...


Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Betul tak. Selamat mencuba dan amalkan ye..

Asam Gelugur




Garcinia Cambogia atau nama yang kita biasa dengar, Asam Gelugur. Asam gelugur nie ade kat rumah una. abah una dah tanam asam gelugur nie dah hampir 7 tahun. Hampir setiap tahun mesti una akan tanya abah, bila pokok nie nak berbuah?. Abah una senyum dan cakap, "buah nie ambik masa yang lama nak nampak hasil, sabar ye".
Gambar kat sebelah nie merupakan pokok asam gelugur yang ade kat rumah una. Abah una tanam satu pokok je.




Balik je cuti semester, una balik rumah abah. Selalunya time cuti sem mesti balik rumah abang dekat Perak. Tapi kali nie rasa macam nak bercuti kat rumah mak dengan abah kat Pahang yang dah lama tak jenguk. Sampai je kat rumah una terus tengok pokok asama gelugur nie. Rasa hepy sangat sebab pokok nie dah berbuah. Abah cakap dah hampir 8 biji dapat. Setiap satu biji buah asam gelugur ade 12-16 ketak. Walaupun jumlah sikit tapi kalau di hiris nipis-nipis hasilnya banyak la jugak. Cukupla untuk bekalan kat rumah nie. Lepas nie tak payah dah nak beli kat kedai. 




Kat rumah una nie ade macam-macam jenis pokok ade. Dah macam taman botani la. Antaranya buah betik, manggis, nangka, jambu air, mempelam, rambutan, pisang emas, belimbing besi dan markisa. Sayuran pulak ade terung, cili, petola, ubi kayu, ulam raja, kencur, kucai dan pokok kari. Banyak kan tamanam kat rumah una. 

Kawan-kawan tau tak ape itu buah markisa?
Kalau nak tau, info lanjut akan menyusul.
Selamat menjalani ibadah puasa..
Jom niat puasa sama-sama..



Friday 27 June 2014

RAMADHAN HAMPIR TIBA



Bila tiba je bulan Ramadhan mesti hati nie tak sabar-sabar nak puasa. kat minda nie dah terbayang-bayang suasana kat Bazar Ramadhan. Teringat pulak zaman sekolah menengah dulu. asal puasa je kaki nie rajin je nak pergi bazar dengan kawan-kawan. kalau boleh tiap-tiap hari la borong makanan kat bazar. camtu la trend kami dulu budak-budak asrama. 

hm.. teringat pulak. last week mak una bawak balik macam-macam jenis kurma. una tak sempat la pulak capture kurma tu sebab dah abis kitorang satu family bedal. haha. lagipun tak la banyak sangat kurma yang mak bawak balik tu. kurma tu jiran kami yang bagi. dia baru balik dari mengerjakan umrah. Alhamdulillah( bila pulak mak nak pegi umrah. kalau boley nak jugak tumpang sekaki.hihi)..

Tadaaa!!!.ha nie dia kurma. ambik kau. haha. nie kurma dari En.Google. hihi. alah xde beza sangat pun dengan kurma yang mak una bawak tu. janji kurma kan. kalau sape yang tak kenal lagi kurma nie, ha, una nak cerita sikit tentang kurma nie..

Nama saintifik : Phonex dactylifera
Nama Glamor : Kurma @ Dates
Kurma nie kalau kita tengok sebijik macam pokok kelapa sawit. tapi tetap ade beza ye kawan-kawan. beza pada buahnya. hihi. kurma nie sejenis buah yang boleh dimakan mentah ataupun masak. tapi kalau yang mentah tu agak kelat la rasanya. una dah rasa dah. kelat betol. baik makan yang dah masak. barulah manis. hihi. kurma nie ade pelbagai jenis. nie ade gambar kurma yang sempat una google.


Banyak kan jenis kurma. yang mak una dapat tu kurma jenis Ajwa. kurma nie comel je. kecik sikit daripada kurma yang lain. kecik tu maksud una dia tak lonjong tapi lebih montok sikit. hihi. kurma nie jugak mak una cakap kurma kesukaan Nabi S.A.W. rasanya sangat manis. sedap la. una nie bagi je kurma ape pun, una makan je. dah jadi faveret. tambah pulak masuk bulan Ramadhan lagi berkotak-kotak la kurma Yusuf Taiyyub kat rumah nie. 
Sesiapa yang tidak berminat dengan kurma nie, marilah sama-sama berjinak-jinak makan buah kurma nie. banyak khasiatnya kawan-kawan. antaranya:

  • ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita
  • kurma dapat melindungi tubuh dari penyakit kulit
  • kurma yang direbus dan diminum seperti teh, ia dapat menggembirakan hati yang sedih. in shaa Allah
  • sebiji kurma dapat membekalkan kalori yang cukup untuk aktiviti seharian
  • kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan anak kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan anak.
  • kurma dapat melindungi usus besar dari kanser
  • kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat ketika berpuasa
  • kurma dapat memelihara kelembapan dan kecerahan mata, serta menajamkan penglihatan pada malam hari
  • memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing
  • Kurma mampu mencerdaskan otak
  • Jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit
  • Kurma bertindak menghilangkan gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk
Banyak sebenarnya khasiat kurma nie. yang kat atas tu cuma sebahagian sahaja. sekadar untuk berkongsi pengetahuan. Jadi lepas nie moh le kita makan kurma ye. lagipun kurma nie kan makanan sunnah. Dikesempatan ini juga una nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.. Ameen..


Thursday 12 June 2014

Rindu Bertamu Di Hati

13 June 2014(Friday)
Segar sekali udara di pagi hari 
Tambahan pula barakah di hari mulia, hari Jumaat..
Alhamdulillah aku masih lagi diberi nafas untuk hidup di muka bumi Allah ini 
Sejenak, hati terasa sesuatu 
Sesuatu yang telah lama aku pendamkan 
Rindu.. 
Satu perkataan yang mudah ditutur dan ditulis 
Namun maknanya mungkin berbeza 
Aku rindu pada si dia 
Si dia yang telah lama bertakhta di hati 
Telah lama juga aku kuburkan rasa rindu ini 
Entah mengapa rasa rindu itu hadir tanpa diundang 
Itulah fitrah manusia yang sangat istimewa 
Perasaan rindu yang hanya ada pada makhluk yang bernama manusia.....

Monday 9 December 2013

Demam Final Exam..

final exam dah nak dekat. tinggal beberapa minggu je lagi. preparation tu tak tau nak cakap macam mana. agak kelam kabut jugak la. walaupun nak dekat exam program kat uum nie sentiasa ada. kami dalam DILEMA!!!!!!
hahahaha

gelak, gelak jugak. tapi harus diingatkan kepada kawan-kawan dan juga diri kami sendiri supaya :

 BERUSAHA+DOA+TAWAKKAL=KEJAYAAN

itu formula paling popular time sekolah rendah dan menengah dulu. walaupun nampak macam lapuk tapi formula nie sangat bermakna dan bermotivasi untuk student macam kita-kita nie. ha, lupa pulak..
kena mintak restu dan doa dari mak ayah kita. penting tu. penting tu.
bila dah selesai formula nie, in shaa Allah, kita akan peroleh kejayaan. buat kawan-kawan semua diniuna ucapakan SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM . In Shaa Allah kejayaan dalam genggaman kita. GO! GO! CHAYOK!!!!!!!!!!

Comel kan kucing?..kami suka sangat dengan kucing. kucing special. bila rasa sunyi kucing nie kadang2 dapat menghilangkan stress. apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)..Oleh Itu sayangilah haiwan. jangan kita seksa mereka kerana mereka juga makhluk Allah seperti kita..